IKLAN

Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, August 27, 2010

Melepaskan Budgie adalah kejam

Ramai antara kita, setelah bosan memelihara budgie adalah disangkakan baik jika dilepaskan sahaja. Bolehlah ia terbang bebas dan hidup gembira.


Sangkaan itu amat salah. Budgie yg dipelihara adalah burung domestik sepenuhnya. Ia tidak pandai mencari makan sendiri atau  lari dari pemangsa. Ia perlu penjagaan manusia utk makanan dan perlindungan.

Ingat budgie anda tidak seperti burung liar. Ia tidak boleh terbang jika kena hujan. Daun2 pokok di Malaysia byk beracun kepada budgie. Gagak, kucing, anjing dan tikus menjadi pemangsa utama bg budgie yg dilepaskan. 

Kenapa ade budgie hidup liar? 

Budgie liar di Australia tidak sama seperti budgie yang kita bela. Budgie kita tidak terdedah kepada elemen luar seperti cuaca dan pemangsa. Kebanyakkan skill utk survive sudah tiada pada domestik budgie ini. Saya tidak hairan jika seseorang melepaskan budgie hari ini, esok budgie itu mati tidak jauh dari situ. Ingat melepaskan budgie adalah kejam!

Sekirangnya anda tidak mahu lagi memelihara budgie anda, jual sahaja kepada org lain atau diberi percuma.

No comments:

Post a Comment