Sebenarnya bukan itu tujuan utama memelihara lebih dari sepasang. Ada sbb lain. Budgie secara semulajadi hidup berkumpulan. Semua aktiviti dibuat secara kumpulan. Makan berkumpulan, terbang berkumpulan dan membiak pun berkumpulan.
Perkara ini memang remeh, tetapi tidak jika anda hendak mula membiak budgie. Selain nestbox, budgie yg hendak dibiakkan mestilah berasa selamat. Lagi byk budgie kita ada lagi selamat burung itu rasa dan lagi cepat dia akan mula membiak.
Walaupun budgie suke dgr burung budgie lain utk berasa selamat, tetapi budgie sgt territorial bila mula bersarang. Budgie betina terutamanya akan bergaduh berebut nestbox dan kalanya menyebabkan kecederaan serius.
Jadi Bagaimana?
Kebiasaannya breeder mengasingkan sepasang budgie utk setiap sangkar. Selain asingkan anda boleh juga meletakkan budgie anda dlm aviary yg luas. Apa pun pilihan anda... budgie yg matang akan cepat membiak dlm keadaan begini. Selamat berjaya..
Jika anda menternak budgie dan berminat menyertai network kami, hubungi saya melalui jamsaryfikry@gmail.com Sama-sama kita memberi budgie yang berkualiti kepada pembeli. Penyertaan adalah percuma.
Thursday, September 2, 2010
Pelihara banyak budgie, jangan bela seekor sahaja
Selaku breeder dan utk melariskan lagi burung2 ni dipasaran.saya galakkan beli lebih dari seekor, malah lebih elok jika beli lebih dari sepasang. Budgie antara burung yang masih murah dijual dipasaran sekarang ini. Jadi tidaklah terlalu beban jika membeli lebih dari sepasang.
Saya selalu memerhatikan aktiviti burung2 ini setiap hari. Makanan diatas lantai tidak terusik jika tiada seekor budgie yg makan dahulu. Tetapi bila seekor sudah turun makan, yg lain pun akan ikut turun makan. Malah jika ade seekor yg hinggap di tangan saya, yg lain pun akan turut mengerumuni saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment